Perpustakaan selalunya dilabel sebagai tempat untuk berehat, duduk seketika, membaca buku dan mengagumi senibinya yang menarik.
Tetapi mungkin tidak bagi jurugambar kelahiran Perancis bernama Franck Bohbot. Buktinya, beliau memutuskan untuk mengembara keseluruh dunia untuk mengambil gambar perpustakaan-perpustakaan yang cantik. Setakat ini, beliau telah mengunjungi perpustakaan di Paris dan Rome. Beliau merancang untuk mengembara sehigga ke Eropah dan Amerika Selatan, Amerika Utara dan juga Asia untuk projeknya yang masih berjalan yang diberi nama House of Books. Berikut adalah antara beberapa gambar perpustakaan yang diambil oleh Bohbot.
Bibliotheque de l'hotel de Ville, Paris
Bibliotheque interuniversitaire de la Sorbonne, Paris
BibliotecaVallicelliana, Rome
Bibliotheque Sainte Genevieve, Paris
BNF, site Francois-Mitterand, Paris
Strahov Library, Prague
Mitchell Library, Sydney
***
Sumber: The Independent