
Seorang pembaca selalunya memang memerlukan tempat yang sesuai bagi membolehkan mereka membaca dengan selesa. Dalam masa yang sama, tempat membaca yang dipilih ini juga boleh sedikit sebanyak menerangkan personaliti si pembaca. Berikut adalah analisis beberapa tempat membaca yang sering menjadi pilihan seorang pembaca.
Di atas katil
Anda adalah seorang pembaca tegar yang bona fide dan sentiasa menunggu masa untuk melepaskan diri dari dunia sebenar dan masuk ke dalam dunia novel yang diletakaan di sebelah meja katil anda. Jika anda berjaya mengelak daripada meninggalkan katil anda, anda merasakan malam anda adalah malam yang sempurna.
Di kerusi ruang tamu
Anda adalah seorang pembaca yang perlu berasa selesa untuk membaca. Jadi secara semulajadi anda menyusun semua bantal yang anda perlukan di atas kerusi supaya anda tidak perlu menyusunnya semula dan menganggu tumpuan anda membaca. Anda akan memastikan semua benda yang anda perlukan berada berhampiran anda sebelum anda mula membaca supaya anda tidak perlu bangun dari kerusi untuk mengambilnya.
Di dalam tab mandi
Anda suka memanjakan diri anda selepas bekerja keras sepanjang hari. Kadang-kadang anda berasa penat juga memegang buku daripada terkenal air tetapi anda mampu membaca sebanyak mana yang anda mahu. Ia mungkin agak tidak selesa tetapi anda tidak memiliki sebarang penyesalan.
Di taman
Anda sedikit romantik dan anda sebenarnya membaca di luar seperti di taman tidaklah seindah mana seperti yang digambarkan. Anda mungkin mengalami kegatalan akibat duduk atau berbaring di atas rumput tetapi anda masih sukakan sinaran cahaya matahari yang redup. Anda sukakan perasaan berada berdekatan dengan orang lain apabila anda jauh tenggelam membaca sesebuah buku. Anda adalah seorang yang setia. Walaupun anda suka membaca seorang diri, anda merasakan ianya adalah lebih baik jika ada rakan-rakan anda yang lain turut serta.
Di dalam kenderaan awam
Anda tidak suka membazirkan masa anda menaiki kenderaan awam tanpa melakukan apa-apa. Anda seorang yang produktif dan efisyen dan anda telah menguasai teknik memberikan pandangan yang tajam kepada orang yang cuba berbual dengan anda ketika anda sedang membaca.
Di perpustakaan
Tiada apa yang lebih indah daripada dikelilingi buku. Anda perlukan suasana yang sunyi untuk fokus. Otak anda sentiasa bekerja tetapi apabila masuk ke dalam perpustakaan, otak anda berasan tenang.
Di meja makan
Anda mempunyai bakat untuk membuatkan diri anda berasa selesa tidak kira di mana anda berada. Anda seorang yang bersahaja dan anda sukakan pelbagai genre buku dan jarang tidak menghabiskan membaca sesebuah buku.
Di kedai kopi
Anda sukakan sedikit suasana hingar-bingar ketika membaca. Entah kenapa, ia memberikan anda fokus untuk membaca. Anda mungkin kelihatan sedikit sombong tetapi anda merasakan mempunyai citarasa yang bagus dalam meminum kopi atau teh sama penting dengan mempunyai citarasa yang bagus dalam membaca.
Ketika waktu bekerja atau di dalam kelas
Anda seorang pembaca yang memang pandai bersembunyi. Anda mungkin seorang yang sedikit suka memborantak kerana anda sukakan cabaran membaca ketika anda perlu melakukan kerja atau menumpukan perhatian terhadap pensyarah yang sedang mengajar. Tetapi anda sebenarnya seorang yang sangar rajin.
Di kedai buku
Anda bukan seorang pembaca, tetapi seorang pembeli buku. Anda merasakan ianya adalah satu kejayaan apabila anda berjaya keluar dari kedai buku dengan membeli bukan sebuah buku, tetapi empat atau lima buah buku. Malangnya, tahap membaca anda lebih perlahan daripada tahap anda membeli buku dan ia bermakna bilik anda memang dipenuhi dengan buku-buku yang masih belum dibaca. Tetapi jangan risau, anda akan membaca kesemuanya apabila tiba masanya. Atau mungkin juga tidak.
***
Sumber: Bustle