Lokasi atau tempat didalam plot sesebuah novel selalunya memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju cerita yang cuba disampaikan oleh si penulis. Ada sesetengah penulis yang menggambarkan lokasi atau tempat didalam novel mereka dengan begitu terperinci sekali. Tetapi mungkin ada dikalangan kita yang tidak menyedari bahawa wujudnya tempat sepertimana yang digambarkan oleh si penulis yang boleh anda lawati.
Berikut adalah beberapa tempat didalam novel-novel terkenal yang anda boleh kunjungi jika berkesempatan dan berkelapangan.
Hogwarts
Novel: Harry Potter (J.K. Rowling)
Apabila siri novel Harry Potter ini diadaptasi ke filem, perkampungan Glencoe di Scotland digunakan sebagai latar belakang untuk sekolah ahli sihir Hogwarts yang cukup terkenal ini.
West Egg
Novel: The Great Gatsby (F. Scott Fitzgerald)
Novel tersohor ini mengambil latarbelakang bandar fiksyen West Egg ini mengambil ilham dari pulau Long Island di New York. Lokasi ini juga merupakan antara tempat percutian pilihan bagi penduduk-penduduk di New York.
Greenbow
Novel: Forrest Gump (Winston Groom)
Alabama, Amerika Syarikat menjadi lokasi pilihan untuk menggambarkan pekan Greenbow untuk adaptasi filem dari novel tulisan Winston Groom ini. Kebanyakan lokasi penggambaran dijalankan di South Carolina dan Georgia.
Mordor
Novel: Lord Of The Rings (J.R.R. Tolkien)
Wilayah Mordor merupakan lokasi penting didalam trilogi novel tulisan J.R.R. Tolkien ini dan lokasi pilihan untuk Mordor ketika trilogi ini diadaptasi ke filem adalah gunung Tongariro di New Zealand.
Narnia
Novel: The Chronicles of Narnia (C.S. Lewis)
New Zealand sekali lagi menjadi pilihan apabila bandar bersejarah Oamaru dipilih sebagai lokasi penggambaran adaptasi siri novel ini. Tempat ini juga menjadi lokasi pilihan untuk penggambaran filem Lord Of The Rings.
***
Sumber: Just The Flight