Kita semua mungkin pembaca buku yang tegar tetapi berapa ramai yang betul-betul tahu fakta tentang buku? berikut adalah fakta-fakta tentang buku yang mungkin anda tidak ketahui.
- "Bibliosmia" adalah terma yang digunakan untuk mereka yang menggemari aroma buku.
- Buku pertama yang dibeli melalui laman sesawang Amazon adalah Fluid Concepts and Creative Analogies: Computer Models of the Fundamental Mechanisms of Thought.
- Buku terkecil di dunia iaitu Old King Cole boleh ditemui di Welsh National Library. Ia berukuran 1mm x 1mm dan hanya boleh diselak menggunakan jarum.
- Buku termahal di dunia (secara teori) berharga €153 juta dan hanya mengandungi 13 mukasurat.
- Penduduk negara India merupakan pembaca paling tegar di dunia. Mereka menghabiskan secara puratanya 10.7 jam setiap minggu untuk membaca.
- Penduduk di Iceland membaca lebih banyak buku secara per kapita setiap tahun berbanding negara-negara lain di seluruh dunia.
- Novel pertama yang ditulis menggunakan mesin taip adalah novel Adventures Of Tom Sawyer tulisan Mark Twain.
- "Tsundoku" merupakan terma yang digunakan oleh orang Jepun untuk merujuk kepada mereka yang memiliki buku yang banyak tidak dibaca.
- Seorang dari lima orang dewasa di seluruh dunia tidak boleh menulis atau membaca.
- Perenggan terpanjang yang pernah ditulis di dalam sebuah novel adalah tulisan Victor Hugo di dalam novel Les Miserables. Ia mengandungi sebanyak 823 patah perkataan.
***
Sumber gambar: google image