Dalam abad ke 21 ini, perkembangan teknologi memberi kesan kepada semua. Teknologi-teknologi yang hadir dalam pelbagai bentuk gajet sudah tentunya banyak memudahkan urusan harian kita. Sudah tentunya pembaca buku juga tidak terkecuali. Berikut adalah beberapa contoh gajet yang mungkin boleh membantu anda membaca buku dengan selesa atau boleh dihadiahkan kepada sahabat handai yang suka membaca buku.
Lampu buku
Walaupun lampu buku yang anda boleh bina sendiri ini bukanlah gajet yang kreatif seperti yang anda sangka, tetapi ia mungkin sesuai sebagai hadiah untuk rakan anda yang suka membaca buku. Lampu di buku ini akan terpadam apabila anda menutupnya dan akan memberi keterangan cahaya bergantung kepada seluas mana anda membuka buku ini.
Buku kanak-kanak Bersuara
Jika anda mempunyai anak kecil yang suka membaca buku, ini merupakan hadiah terbaik untuk mereka. Anda boleh merakam suara anda membaca buku ini terlebih dahulu supaya mereka boleh mendengarnya kemudian apabila mereka membaca buku ini. Ia sudah tentunya sangat sesuai untuk ibu-bapa yang jarang dapat menghabiskan masa dengan anak-anak mereka.
Kindle Kalis Air
Apa saja gajet yang kalis air sudah tentunya banyak membantu manusia. Kindle kalis air ini contohnya boleh memudahkan anda dalam banyak hal. Kindle ini mampu bertahan dalam kedalaman air sehingga 210 kaki.
***
Sumber: Mashable