Menonton wayang atau makan merupakan aktiviti biasa bagi mana-mana pasangan samada yang sudah atau belum berkahwin. Namun begitu, terdapat lagi banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Tambahan lagi jika anda dan pasangan anda gemar membaca buku.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang berkaitan dengan buku yang mungkin boleh anda rancang untuk dilakukan bersama pasangan anda.
Temujanji di Kedai Buku
Aturkan temujanji di kedai buku paling besar di tempat anda dan habiskan sepanjang hari menyusuri setiap rak untuk mencari buku yang spesifik seperti buku yang anda baca ketika waktu kecil ataupun buku paling pelik yang anda pernah baca. Selepas itu, anda dan pasangan anda boleh bertukar-tukar buku dan anda berdua boleh berbual tentangnya pada janji temu anda yang seterusnya.
Makan malam bertemakan buku
Anda boleh mengatur makan malam bertemakan novel kegemaran anda dan anda juga boleh pasangan anda boleh memasak bersama-sama.
Hadir acara buku/bacaan puisi
Jika anda dan pasangan anda meminati puisi, sudah tentu perkara paling seronok adalah menghadiri acara bacaan puisi.
Menonton filem yang diadaptasi dari buku
Walaupun menonton wayang memang aktiviti yang tipikal, tetapi anda mungkin boleh mencari kelainan dengan menonton filem yang yang diadaptasi dari buku
Pergi ke perpustakaan dan tinggalkan nota
Mungkin ini adalah aktiviti yang boleh dilakukan jika anda telah mengenali pasangan anda dalam tempoh yang agak lama kerana aktiviti ini agak intim. Anda boleh pergi ke perpustakaan paling dekat dan anda boleh berbual dengan pasangan anda di celah-celah rak buku dan anda boleh meninggalkan nota di dalam buku untuk para pengunjung/peminjam buku yang seterusnya.
***
Sumber: Bustle