Memang ramai yang mengimpikan untuk mengunjungi Portugal. Selain daripada lanskap yang cantik, Portugal juga sebenarnya salah satu destinasi menarik untuk penggemar buku. Berikut adalah antara beberapa destinasi-destinasi wajib untuk penggemar buku di Lisbon, Portugal.
1. Bertrand Bookstore
Kedai buku yang mula dibuka pada tahun 1732 ini merupakan antara salah satu kedai buku tertua didunia. Ia dipindahkan dari lokasi asalnya pada tahun 1755 selepas kedai buku asal musnah akibat gempa bumi. Terdapat lebih 50 rangkai kedai buku ini di Portugal tetapi sudah tentunya kedai buku asal mereka menjadi kedai yang paling wajib dikunjungi.
2. Lello Bookstore
Kedai buku ini diakui sebagai antara kedai buku yang memiliki senibina yang sangat mengagumkan. Ia pernah diiktiraf oleh Lonely Planet sebagai kedai buku ketiga terhebat didunia.
3. Mafra
Perpustakaan ini terletak tidak jauh dari Lisbon. Antara lagenda terkenal mengenai perpustakaan adalah ia dikawal oleh tikus besar yang keluar pada waktu malam untuk memburu anjing, kucing dan manusia.
4. Sintra
Menara ini menjadi antara inspirasi kepada trilogi novel Southern Reach karya Jeff VanderMeer yang cukup terkenal. Ia juga terletak tidak jauh dari Lisbon.
***