Jika anda masih ada banyak koleksi buku dalam milikan anda yang masih belum dibaca, maka sudah tentunya anda perlu memikirkan semula kaedah dan cara anda membaca. Memang diakui agak sukar untuk membaca apabila kehidupan seharian kita dipenuhi dengan aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan mengambil banyak masa kita.
Jadi jika kita ingin membaca lebih banyak buku, maka sudah tentunya kita perlu mengubah jadual dan rutin harian kita. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita semua dalam meningkatkan jumlah buku yang kita baca.
1. Pelbagaikan bahan bacaan anda. Jika anda "letih" membaca novel, anda boleh beralih membaca buku puisi atau buku koleksi cerpen.
2. Jika anda minat menonton filem, terdapat banyak filem pada masa kini yang diadaptasi daripada novel. Anda boleh menyenaraikan filem-filem adaptasi yang anda ingin tonton dan anda boleh membaca novel asalnya sebelum anda menonton adaptasi filemnya pula.
3. Baca buku yang menarik perhatian anda berbanding buku yang anda rasa anda patut baca.
4. Jangan paksa diri anda untuk terus membaca buku yang tidak menimbulkan minat anda. Jika anda sudah membaca 50 mukasurat buku dan ia masih gagal menarik perhatian anda, maka anda tidak perlu memaksa diri anda untuk terus membaca buku tersebut.
5. Asingkan sekurang-kurangnya sejam daripada melakukan aktiviti hujung minggu anda untuk membaca buku tanpa sebarang gangguan.
6. Jika sejam terlalu lama, anda boleh kurangkannya kepada 45 minit atau setengah jam.
7. Letak buku di dalam bilik air.
8. Jika anda seorang yang suka bangun pada awal pagi, anda boleh memulakan hari anda dengan membaca kerana waktu pagi selalunya waktu paling tenang dan senyap.
9. Cuba selidik kenapa orang-orang disekeliling anda suka membaca sesebuah buku. Jika jawapan mereka menimbulkan minat anda, maka anda boleh menyenaraikan buku yang mereka baca sebagai bacaan anda yang seterusnya.
10. Jika anda banyak menggunakan pengangkutan awam, masa yang anda habiskan dalam perjalanan boleh diisi dengan membaca buku atau mendengar buku audio.
***
Sumber: Mashable