Tidak kira betapa obsesnya anda dengan buku, anda sudah pastinya mengalami "kemurungan" akibat terlalu banyak membaca dan ia membuatkan anda bosan membaca dan tidak mahu menghampiri buku. Jadi bagaimana untuk mengatasi permasalahan ini? Berikut adalah beberapa tips yang mungkin anda boleh ikuti:
Susun semula rak buku anda
Mungkin anda ada banyak buku yang masih belum dibaca di rak buku anda tetapi anda masih belum berkesempatan untuk membacanya. Anda boleh menjenguk semula buku-buku ini dan mungkin anda mungkin akan menjumpai semula buku yang anda begitu ingin baca ketika anda membelinya atau buku yang menarik minat anda satu ketika dahulu.
Baca genre yang berlainan
Anda mungkin meminati genre misteri, tetapi itu tidak bermakna anda perlu melupakan terus genre lain. Apabila anda terlalu "penat" membaca, anda boleh menukar genre bacaan anda untuk mendatangkan semula keinginan anda untuk membaca.
Ubah suasana membaca
Kadang-kadang apa yang anda perlukan hanyalah ransangan awal untuk membaca. Anda boleh menyalakan lilin, membuat air teh atau apa saja yang boleh mendatangkan ketenangan kepada anda untuk membaca buku
Baca semula buku
Jika anda tidak mampu untuk membaca buku baru, anda boleh membaca semula buku-buku lama kegemaran anda.
Tetapkan matlamat
Setiap awal tahun, pasti ada pembaca yang menetapkan matlamat untuk membaca sebanyak mana buku yang mereka mampu. Ada yang menetapkan 50 buku atau 100 buku. Anda juga boleh menetapkan matlamat anda walaupun anda bukan berada pada awal tahun.
***
Sumber: Bookish