Sebagai seorang pembaca, sudah pastinya anda tidak suka apabila seseorang atau sesuatu mengganggu konsentrasi anda ketika sedang membaca dan juga apabila orang lain menunjukkan keengganan mereka untuk membaca. Berikut adalah beberapa contoh yang mungkin menjadi hal yang "ngeri" bagi seorang pembaca.
- Meminjamkan buku kepada orang lain dan menerima semula buku tersebut dalam keadaan yang teruk
- Tidak menerima semula buku yang dipinjamkan kepada orang lain
- Menaiki kenderaan awam dan terlupa membawa buku
- Terhilang buku yang hampir habis dibaca
- Duduk di sebelah orang yang tidak berhenti bercakap ketika anda sedang membaca
- Mengetahui buku kegemaran anda telah diadaptasi ke bentuk filem dan anda tahu bahawa ianya mungkin akan menjadi filem yang teruk.
- Mengetahui buku yang anda gemari mempunyai penamat yang teruk
- Watak kegemaran anda bakal mati
- Mengetahui buku yang anda bawa tersimpan di dalam beg yang mengandungi botol air yang bocor
- Anda tidak sengaja terjatuhkan buku anda di dalam air
- Terdengar seseorang bercerita tentang babak penamat buku yang anda baru hendak baca
- Apabila anda sudah membaca lebih daripada separuh buku dan anda menyedari buku tersebut adalah buku yang terus tetapi anda terus bersusah payah untuk cuba menghabiskannya kerana anda tidak mahu buku tersebut "menang"
- Menyedari anda semakin muak dengan buku kegemaran anda kerana anda sudah membacanya lebih 30 kali
- Apabila ada orang yang bertanya apakah buku yang paling anda suka sedangkan anda mempunyai banyak buku yang anda kegemari
- Anda mencadangkan buku kepada rakan anda tetapi rakan anda tidak mahu membacanya
- Anda mencadangkan buku kepada rakan anda dan kemudian mengetahui rakan anda tidak menyukai buku tersebut
***
Sumber: Buzzfeed