Setiap orang mungkin mempunyai rutin harian yang mungkin sukar difahami oleh orang lain. Tidak terkecuali juga adalah penulis. Mungkin ada antara rutin harian penulis-penulis merupakan sesuatu yang biasa pada hari ini tetapi pada zaman mereka ia mungkin sesuatu yang amat pelik dan sudah tentu ada antaranya sangat merbahaya terutama kepada kesihatan mereka.
W.H. Auden (Penyajak)
Jika orang lain mengamalkan memakan vitamin setiap hari untuk mengekalkan tenaga mereka, Auden pula memakan amphetamine yang beliau amalkan selama lebih 20 tahun.
Francis Bacon (Pelukis)
Beliau lebih gemar melukis ketika bangun tidur selepas minum arak dengan banyak pada malam sebelumnya.
Beethoven (Penggubah lagu klasikal)
Sebelum menggubah lagu, beliau akan mandi dengan menggunakan air yang sangat banyak sehinggakan ia melimpah ke tingkah bawah rumahnya.
Gertrude Stein (Penulis)
Beliau hanya menulis selama setengah jam setiap hari sambil memandang seekor lembu.
Jean-Paul Sartre (Penulis/Ahli Falsafah)
Beliau memang diketahui suka memakan Amphetamine dan juga pil Corydane yang beliau ambil lebih 20 biji setiap hari.
***
Sumber: Esquire