Tidak dinafikan pada zaman moden ini terdapat pelbagai gangguan yang boleh mengalih tumpuan kita daripada membaca. Gangguan ini datang dalam pelbagai bentuk seperti kerja, talifon bimbit dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa cara yang mungkin boleh membantu anda untuk memastikan anda dapat membaca buku setiap hari.
1. Belajar membaca secara pantas
Teknik membaca secara pantas bukan sahaja membantu anda menghabiskan membaca sesebuah buku dengan cepat, tetapi ia juga akan membantu anda untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah.
2. Cuba dengan buku audio
Jika anda sering bergerak, buku audio adalah salah satu cara untuk memanafaatkan masa anda. Ia adalah kaedah terbaik jika anda tidak mempunyai masa untuk duduk dan membaca.
3. Baca genre berbeza
Salah satu cara paling mudah untuk terus membaca adalah dengan membaca genre yang berbeza-beza dan sentiasa menukar bahan bacaan anda antara fiksyen dan non-fiksyen.
4. Sentiasa membawa buku
Pada zaman moden ini, tidak susah untuk menyimpan talifon anda ketika anda sedang berehat dan mengisi masa rehat anda dengan membaca buku kerana manafaatnya lebih besar berbanding menyusuri laman sosial.
5. Sentiasa sediakan bahan bacaan berikutnya
Ia adalah kaedah terbaik kerana jika anda selesai membaca sesebuah buku, anda tidak perlu untuk membuang masa memikirkan buku apa yang anda patut baca seterusnya.
***
Sumber: Business Insider