Aktiviti membaca memang kelihatan mudah. Namun begitu, tidak semua orang boleh membaca secara efektif. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin anda boleh ikuti jika anda mahukan aktiviti membaca anda memberi kesan yang sepatutnya kepada anda.
Tetapkan matlamat untuk berjaya
Jika anda membaca 350 patah perkataan setiap minit, anda hanya memerlukan 20 minit sehari untuk menghabiskan sebuah novel dalam tempoh seminggu. Jadi pada hakikatnya, membaca tidak memerlukan masa yang banyak.
Rancang bacaan anda
Sudah tentu apabila anda telah tetapkan matlamat anda, anda perlu memilih buku apa yang anda mahu baca. Antara salah satu cara paling mudah untuk menentukan bahan bacaan anda adalah dengan memilih buku yang direkomen oleh rakan-rakan rapat dan mengetahui jenis buku yang anda suka.
Tentukan strategi terbaik untuk membaca
Kebiasannya terdapat dua sebab kita membaca iaitu samada untuk mendapatkan maklumat atau untuk berseronok/suka-suka. Sebagai contoh, jika anda membaca untuk mendapatkan maklumat, sudah tentu anda perlu merancang rapi tentang bila anda patut membaca dan apakah yang anda mahu dapat dari buku yang anda baca.
Ingati apa yang anda baca
Bagaimana anda mahu mengingati apa yang anda baca? Sudah tentunya dengan mengambil nota. Anda boleh meluangkan masa dengan mencari kaedah-kaedah terbaik mengambil nota untuk mengingati apa yang anda baca yang sudah tentunya berguna kepada anda pada masa kelak.
Fahami psikologi di sebalik membaca
Percaya atau tidak, terdapat banyak benda yang berlaku di dalam otak kita ketika kita membaca. Jika anda rajin menyemak di internet, anda sudah pastinya akan terjumpa artikel tentang bagaimana membaca merangsang otak kita dalam pelbagai aspek.
***
Sumber: QZ