Berikut adalah beberapa contoh buku yang berjaya menggegarkan dunia.
The Wealth of Nations karya Adam Smith
Novel ini diterbitkan pada tahun 1776 ketika Revolusi Amerika bermula. Dalam bukunya ini, Smith mengkaji tentang elemen-elemen utama ekonomi politik dari aspek cukai, perdagangan, polisi dan pelbagai lagi aspek dalam polisi sesebuah kerajaan yang boleh mempengaruhi ekonomi.
A Vindication of the Rights of Woman karya Mary Wollstonecraft
Ditulis ketika zaman revolusi dan hak asasi manusia berlaku di Amerika dan Perancis, Wollstonecraft menghasilkan deklarasi beliau sendiri tentang hak dan kebebasan wanita. Tulisan beliau menuntut hak sama rata antara lelaki dan perempuan dalam aspek pendidikan, kerjaya dan sebagainya. Buku ini juga menyebabkan beliau terkenal sebagai ibu feminisme moden.
Du contrat social ou Principes du droit politique Karya Jean Jacques Rousseau
Melalui buku ini, Rousseau membentangkan teori tentang cara terbaik untuk mewujudkan komuniti politik yang menghadapi masalah masyarakat komersial yang beliau perkatakan di dalam buku beliau yang sebelumnya iaitu Discours sur l'origine et les fondements de l'inégalité parmi les hommes.
The Republic karya Plato
Bagi mereka yang mendalami falsafah, buku ini boleh dikatakan pemula kepada buku-buku seterusnya yang mereka perlu baca. The Republic bermula dengan persoalan tentang keadilan terhadap individu dan kemudian beralih kepada persoalan tentang masalah untuk mewujudkan sebuah negara yang sempurna dan kemudian menyusuri pelbagai lagi persoalan dan cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Lady Chatterly's Lover karya D. H. Lawrence
Novel ini boleh dikatakan novel yang agak mengejutkan ketika ia diterbitkan. Ia mengandungi gaya penulisan yang begitu terbuka dan deskripsi tentang seks yang begitu asing pada zaman novel ini diterbitkan hingga ia terpaksa diharamkan di United Kingdom dan Amerika ketika itu.
Manifest der Kommunistischen Partei karya Friedrich Engels
Buku ini dterbitkan selepas kematian Karl Marx dan mengandungi manifesto komunis yang lengkap. Buku ini wajib dibaca oleh sesiapa yang mahu belajar tentang sains politik, radikalisme dan pemikiran politik radikal.
The Origin of Species karya Charles Darwin
Melalui buku ini, Darwin mengetengahkan teori seleksi naturalnya (natural selection) yang ketika itu begitu mencabar kepercayaan tradisional tentang kewujudan manusia.
Le Deuxième Sexe karya Simone de Beauvoir
Melalui buku ini, Beauvoir menjalankan analisis yang begitu hebat tentang definisi "perempuan" di barat. Ia juga menyusuri persoalan tentang ketidak sama rataan dan juga keterasingan.
***
Sumber gambar: google image