BUKU HARAM


Buku adalah medium paling berkuasa di dunia. Buku boleh menyebarkan idea, mempengaruhi orang lain dan mampu memporak-perandakan sebuah negara. Sesebuah buku diharamkan atas pelbagai sebab; samada atas sebab sensitiviti keagamaan, politik, kelucahan atau hal-hal lain. 

Berikut disenaraikan antara buku-buku terkenal yang pernah diharamkan atau masih diharamkan di beberapa negara diseluruh dunia.




Alice In Wonderland


Pada tahun 1931, negara China telah mengharamkan buku ini atas alasan buku ini mengandungi karekter-karekter binatang yang berperangai dan berfikir seperti manusia yang menurut mereka satu penghinaan kepada manusia.


***




All Quite On The Western Front


Buku ini mengisahkan tentang kepayahan yang dilalui oleh askar-askar ketika perang dunia pertama dan bagaimana mereka rasa begitu terasing setelah kembali dari medan perang. Parti Nazi Jerman telah mengharamkannya kerana ia dikatakan menghina negara Jerman dan tidak selaras dengan "visi" parti Nazi yang berhasrat menjadi kuasa dunia utama. 


***




American Psycho


Buku ini telah diharamkan di Australia pada tahun 1991 kerana mengandungi kisah keganasan terhadap wanita yang terlalu ekstrem.





***



An Area Of Darkness


Buku travelog tulisan penulis tersohor V.S. Naipul diharamkan oleh kerajaan India pada tahun 1964 atas alasan ianya memberi gambaran yang negatif mengenai negara India.


***




Harry Potter

Percaya atau tidak, siri buku yang begitu popular ini turut diharamkan atau cuba diharamkan oleh sekolah dan perpustakaan di beberapa buah negara. Negara Emiriyah Arab Bersatu contohnya mengharamkan buku ini disekolah-sekolah persendirian kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam.



***



Lolita

Buku ini pernah diharamkan dibeberapa negara termasuk Perancis kerana dikatakan kandungannya begitu "menjijikkan".



***



Ulysses

Buku ini pernah diharamkan dibeberapa negara termasuk dinegara kelahiran penulisnya sendiri James Joyce iaitu negara Ireland. Antara sebab utama pengharamannya adalah kandungannnya yang dikatakan lucah.



***


  
The Catcher In The Rye

Selepas dua minggu buku ini diterbitkan pada tahun 1951, ia menjadi antara buku terlaris di Amerika ketika itu. Walaubagaimanapun, buku ini kemudiannya diharamkan di beberapa perpustakaan di Amerika kerana kandungannya yang terlampau lucah.


***




The Anarchist Cookbook


Pada tahun 1971, negara Australia telah mengharamkan buku ini kerana ia dirasakan mendorong tingkahlaku yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang dan tatasusila. Buku ini mengandungi antaranya cara-cara dan kaedah untuk membuat bahan letupan.


***




Animal Farm


Buku ini pernah diharamkan banyak negara seperti Kenya, Cuba dan China. Pelbagai sebab yang menyebabkan buku ini diharamkan. Antaranya adalah kerana tema anti-komunisnya.


***




Kitab Injil

Kitab Injil menerima nasib serupa seperti kitab-kitab keagamaan lain yang pernah dan masih diharamkan dibeberapa negara atas alasan undang-undang atau adat resam. Korea Utara adalah satu-satunya negara yang diketahui sepenuhnya mengharamkan kitab Injil tanpa sebarang kompromi.





***



Big River, Big Sea


Buku tulisan Lung Ying Tai ini memberikan pandangan berbeza tentang perang saudara yang berlaku di China pada tahun 1927 hingga 1950. Negara China mengharamkan buku ini kerana ia dikatakan berlawanan dengan naratif perang saudara yang digunapakai ketika itu.


***




Brave New World


Buku ini diharamkan di Australia dan Ireland pada tahun 1931 kerana plotnya mengandungi unsur-unsur seks yang terlalu ketara.


***




Burger's Daughter


Buku tulisan Nadine Gordimer ini pernah diharamkan di Afrika Selatan selama 3 bulan pada tahun 1979. Salah satu sebab yang diberikan adalah kerana buku ini menyebarkan idea-idea komunis.


***




Candide


Buku tulisan Voltaire ini diharamkan di Amerika pada tahun 1930 kerana ianya terlalu lucah.


***




Catch 22


Buku ini pernah diharamkan di Ohio, Amerika kerana menggunakan perkataan "whore (perempuan sundal)".


***




The Perks Of Being A Wallflower


Buku ini diharamkan oleh lembaga sekolah di Massachusetts dan Long Island, Amerika kerana menggambarkan perlakuan seks dikalangan remaja dan penggunaan dadah.


***




Death Note


Manga Jepun ini diharamkan dibeberapa negeri di China. Tujuannya dikatakan untuk "melindungi kesihatan fizikal dan mental" pelajar-pelajar sekolah.


***




And Tango Makes Three


Buku kanak-kanak ini diharamkan dibeberapa sekolah dan perpustakaan di Amerika kerana dikatakan bertentangan dengan pandangan konservatif mengenai homoseksualiti.


***




Fanny Hill: Memoirs Of A Woman of Pleasure

Buku ini begitu menimbulkan kontroversi ketika ia diterbitkan terutamanya di United Kingdom. Tidak susah untuk menjangkakan kenapa buku ini terlalu kontroversi sehingga ia diharamkan.


***




The Adventures Of Tom Sawyer


Buku ini diharamkan dibeberapa perpustakaan di Amerika kerana plotnya dikatakan rasis dan mempunyai pandangan pejoratif tentang penduduk asli Amerika.


***




The Chocolate War


Buku ini diharamkan di beberapa tempat di Amerika kerana banyak mengandungi perkataan-perkataan yang tidak sesuai, carutan dan menghina agama.





***



Lord Horror

Buku ini merupakan buku terakhir yang diharamkan di United Kingdom dibawah Obscene Publications Act. Buku ini menggambarkan tentang keadaan dunia selepas ditakluk oleh rejim Nazi.



***



Bad Samaritans

Buku tulisan Profesor Universiti Cambrige, Ha Joon Chang ini antara salah satu dari 23 buku yang diharamkan oleh Tentera Korea Selatan kerana analisis kritikalnya tentang ekonomi Neo-Konservetif.



***



A Farewall To Arms

Negara Itali mengharamkan buku tulisan Hemingway ini kerana menggambarkan tentera Itali berundur ketika pertempuran di Caporetto. Buku ini turut diharamkan di Boston, Amerika kerana kandungannya yang lucah. 



***



Da Vinci Code

Buku ini diharamkan di negara Lebanon pada tahun 2004 kerana kandungannya yang menghina agama Kristian terutamanya kisah Mary Magdalene yang dikatakan mempunyai anak bersama Nabi Isa.



***



Great Soul

Buku ini diharamkan di India kerana mengandungi tulisan mengenai hubungan homoseksual Mahatma Gandhi.



***



Doctor Zhivago

Buku ini diharamkan di Soviet Union sehingga tahun 1988 kerana kandungannya yang begitu kritikal terhadap parti Bolsheivek yang memerintah ketika itu. Buku ini menyebabkan Boris Pasternak dipilih menerima hadiah Nobel Sastera pada tahun 1958 tetapi Boris Pasternak menolak untuk menerima hadiah tersebut. 



***



Anne Frank: The Diary Of A Young Girl

Pada tahun 2010, sekolah-sekolah di Culpeper Country, Virginia, Amerika mengharamkan versi definitif buku ini yang diterbitkan sempena sambutan ke 50 tahun penerbitannya. Versi definitif ini mengandungi kisah-kisah seperti keinginan seksual Anne Frank yang tidak terdapat dalam edisi asal yang diterbitkan sebelum itu. 




***



Jinnah Of Pakistan

Buku ini diharamkan di Pakistan kerana mengandungi tulisan mengenai pengasas negara Pakistan, Muhammad Ali Jinnah yang dikatakan gemar meminum arak dan memakan daging babi.



***



Mein Kampf

Buku ini diharamkan dibeberapa buah negara antaranya Jerman, Belanda dan China. Tetapi buku ini kadangkala masih boleh diperolehi dan dibaca di negara-negara ini khususnya untuk tujuan penyelidikan.



***



The Black Beauty

Buku ini pernah diharamkan oleh rejim apartheid Afrika Selatan satu ketika dahulu hanya atas sebab judul buku ini.



***



Zhuan Falun

Buku ini diharamkan oleh negara China kerana mengandungi ajaran-ajaran pertubuhan Falun Gong yang dikatakan mengancam pemerintahan kerajaan China. 



***



The Satanic Verses

Buku tulisan Salman Rushdie ini begitu kontroversi sekali  sehingga ada fatwa dikeluarkan yang mengkehendaki Rushdie dibunuh. Buku ini diharamkan di lebih 14 buah negara termasuk Malaysia kerana kandungannya yang dikatakan menghina agama Islam.



***

Sumber: google
Kredit gambar: google image


ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: BUKU HARAM
BUKU HARAM
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhw2jXDXp7FS-Dw3g7tjW3wfW0QdCOdjBrah9VKL7SbgVEcVg25jxnbjZAhvXnUoLzZcBRKhvnfL4PzneSLlp0thb4EUc9KXEjU6O7OsLyWr6Z1aCuGgSWMU0vmOai2Ryggec1jq3tuHqg/s640/o-BANNED-BOOKS-facebook.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhw2jXDXp7FS-Dw3g7tjW3wfW0QdCOdjBrah9VKL7SbgVEcVg25jxnbjZAhvXnUoLzZcBRKhvnfL4PzneSLlp0thb4EUc9KXEjU6O7OsLyWr6Z1aCuGgSWMU0vmOai2Ryggec1jq3tuHqg/s72-c/o-BANNED-BOOKS-facebook.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/12/buku-haram.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/12/buku-haram.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin