Jika anda seorang penggemar atau mengikuti perkembangan K-Pop, sudah pastinya anda mengenali IU. IU bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi dan pelakon yang hebat, tetapi juga dikenali dengan hobinya yang gemar membaca. IU pernah menyatakan bahawa hobi membacanya datang dari ibu-bapanya. Menurutnya, jika beliau melakukan kesalahan, beliau tidak akan dihukum dengan rotan tetapi beliau akan dihukum dengan membaca buku yang tebal.
Berikut antara 10 buku yang digemari oleh IU ataupun pernah dilihat dibaca oleh IU.
1. Hermann Hesse - Demian
2. Fyodor Dostoyevsky - The Brothers Karamazov 2
3. Alain de Botton - Essays in Love
4. Park Min Gyu - Pavane for a Dead Princess
5. Fredrik Backman - A Man Called Ove
6. Park Min Gyu - Castella
7. Kaori Ekuni - Falling into the Evening
8. Paulo Coelho - Brida
9. Lee Hye Rin - You Call it Passion
10. Milan Kundera - The Unbearable Lightness of Being
***
Sumber: Soompi