Setiap dari kita pastinya mempunyai kafe atau tempat minum dan melepak kegemaran kita. Sama juga seperti penulis, mereka juga mempunyai tempat minum dan melepak kegemaran mereka. Selalunya tempat-tempat pilihan penulis ini bukan sahaja menjadi tempat melepak mereka, malah turut dijadikan "pejabat" mereka. Contohnya seperti Cafe de Flore di Paris yang menjadi lokasi pilihan Jean Paul Sartre dan Simone de Beauvoir untuk menulis karya-karya mereka setiap hari.
Berikut adalah antara beberapa lagi kafe terkenal di serata dunia yang pernah menjadi lokasi tumpuan penulis-penulis tersohor yang anda boleh kunjungi.
La Rotende
Paris, Perancis
Scott Fitzgerald, Henri Matisse dan Pablo Picasso adalah antara pengunjung tetap kafe ini. Kafe ini turut tersemat dalam korpus kesusasteraan dunia apabila ia diabadikan oleh Ernest Hemingway didalam novel The Sun Also Rises.
***
Vesuvio
San Francisco, Amerika
Kafe ini mula dibuka pada tahun 1948. Ia merupakan tempat melepak penulis-penulis Beat tersohor seperti Jack Kerouac dan Allen Ginsberg.
***
Antico Cafe Greco
Rome, Itali
Sejak kafe ikonik ini dibuka pada tahun 1760, ia menjadi tempat persinggahan wajib ramai penulis tersohor seperti John Keats, Lord Byron dan Percy Shelley.
***
The Eagle And Child
Oxford, England
Kafe atau lebih tepat Pub ini mula wujud sejak tahun 1650. Ia pernah menjadi lokasi J.R.R Tolkien dan C.S. Lewis melepak bersama-sama sambil membincangkan idea-idea mereka.
***
Grand Cafe
Oslo, Norway
Kafe yang terletak didalam hotel Grand di Oslo yang mula dibuka pada tahun 1874 ini menjadi tempat kegemaran Henrik Ibsen untuk makan tengahari. Ia turut menjadi tumpuan setiap tahun ketika berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Nobel Keamanan.
***
Carousel Bar
New Orleans, Amerika
Ernest Hemingway, Tennessee Williams dan William Faulkner menjadikan kafe ini sebagai "pejabat" mereka ketika mereka memilih bandar ini sebagai lokasi untuk mereka menulis karya terbaru mereka.
***
Sumber: Huffington Post