London sudah pastinya sarat dengan tarikan untuk penggemar buku. Berikut antara tempat yang anda boleh kunjungi jika anda berpeluang menjejakkan kaki di kota ini.
Bloomsbury, London
Kawasan ini pernah menjadi tempat "berkumpul" ramai penulis-penulis terkenal seperti Virginia Woolf, E.M. Forster dan Lytton Strachey. Di sini juga terletakanya muzium Charles Dickens Museum di 48 Doughty Street.
Tempat kelahiran Shakespeare di Stratford-upon-Avon
Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kereta dari London, anda boleh menyusuri perkampungan ini untuk menjelajah tempat di mana Shakespeare dilahirkan dan dibesarkan, mengunjungi rumah isterinya dan juga jalan-jalan yang sudah tentunya biasa dilalui oleh Shakespeare.
The British Library, London
Tidak jauh dari Stesyen King's Cross, perpustakaan ini memiliki antara koleksi buku terbanyak di dunia iaitu lebih kurang 150 juta termasuk dua naskah Magna Carta, buku nota peribadi Leonardo da Vinci dan juga buku nota Jane Austen.
Rumah Jane Austen, Chawton
Rumah ini menjadi tempat tinggal Jane Austen sebelum kematiannya dan kemungkinan besar tiga bukunya yang paling terkenal iaitu Sense and Sensibility, Pride and Prejudice, dan Northanger Abbey ditulis dan disunting di sini.
Poets' Corner, Westminster Abbey, London
Jika anda mengunjungi tempat tarikan pelancong yang biasa seperti Buckingham Palace, Big Ben, dan Westminster Abbey, jangan lepaskan peluang untuk juga mengunjungi kubur penulis-penulis terkenal seperti Geoffrey Chaucer, Charles Dickens, Thomas Hardy dan Rudyard Kipling di Poets' Corner in Westminster Abbey.
Adakah anda rasa ada tempat lain yang perlu dikunjungi di London? Anda boleh nyatakan di ruang ulasan.
Adakah anda rasa ada tempat lain yang perlu dikunjungi di London? Anda boleh nyatakan di ruang ulasan.
***
Sumber: Harpers Bazaar