Buku yang diletakkan di rak memang kelihatan menarik. Tetapi anda boleh juga menjadikannya lebih menarik dengan menambah aksesori atau hiasan. Berikut adalah beberapa cadangan tentang bagaimana untuk menghias rak buku anda.
1. Mulakan dengan tema. Walaupun anda mempunyai banyak aksesori dan barang yang diletakkan, pasti rak buku anda lebih menarik jika ia mempunyai temanya sendiri.
2. Letakkan buku anda di rak terlebih dahulu sebelum anda memutuskan bagaimana untuk menyusunnya. Anda boleh meletakkan buku yang besar dan berat di bawah manakala yang lainnya di bahagian atas. Anda boleh mengelakkan ia kelihatan bosan dengan meletakkan aksesori lain seperti pasu bunga dan sebagainya.
3. Tayang koleksi aksesori anda. Tidak kisah samada ianya koleksi pasu bunga, cengkerang atau apa saja, ia pasti kelihatan menarik di rak buku anda.
4. Berikan perhatian kepada warna. Mengecat atau meletak kertas dinding pada bahagian belakang rak anda boleh memberikan warna yang menarik. Anda juga boleh menggunakan warna yang sama dengan aksesori atau hiasan yang anda mahu letakkan di rak buku anda.
5. Jangan letak terlalu banyak aksesori. Cuba pelbagaikan gaya anda menyusun aksesori atau hiasan anda dengan menambah atau mengasingkannya dari rak buku anda.
***
Sumber: Daily Life