Bagi seorang penulis, cabaran yang mereka hadapi bukan setakat menulis. Mereka juga berhadapan dengan cabaran untuk menerbitkan buku mereka. Tidak kira berapa bagus mereka rasa tulisan mereka, ia belum tentu dapat menarik perhatian si penerbit. Berikut adalah beberapa petikan daripada surat yang pernah dihantar oleh penerbit kepada penulis-penulis tersohor yang menolak untuk menerbitkan karya-karya mereka (yang sudah tentunya satu penyesalan terbesar bagi si penerbit).
1. "Babi-babi kamu adalah lebih pandai dari haiwan yang lain dan justeru itu paling layak untuk menguruskan ladang. Malah mungkin tidak akan ada ladang haiwan tanpa mereka. Jadi apa yang lebih diperlukan bukanlah komunisme tetapi babi yang mempunyai keinginan untuk menolong binatang lain"
- Surat yang dihantar oeh T.S. Elliot ketika menolak novel Animal Farm tulisan George Orwell.
2. "Ia adalah mimpi ngeri yang tiada penghujung. Saya rasa orang akan menyatakan "Oh tolonglah, jangan baca buku yang menjijikkan ini"
Surat yang dihantar oleh penerbit ketika menolak novel The War of the Worlds tulisan H.G. Wells. Novel ini masih dicetak 120 tahun selepas ia ditulis.
3. "...untuk kebaikan kamu jangan terbitkan novel ini."
Surat yang dihantar oleh penerbit ketika menolak novel Lady Chatterly's Lover tulisan D.H. Lawrence. Walaubagaimanapun, Lawrence tidak mendengar nasihat ini dan tetap menerbitkan novel beliau.
4. "Kamu akan mempunyai buku yang bagus jika kamu buang watak Gatsby"
Cadangan penerbit kepada F. Scott Fitzgerald berkenaan novel The Great Gatsby.
5. "Kami tidak berminat dengan novel sains fiksyen tentang utopia yang negatif. Ia tidak akan laku
Surat yang dihantar oleh penerbit ketika menolak novel The Long Walk tulisan Stephen King. Novel ini kemudian diterbitkan oleh King dengan menggunakan nama pena Richard Bachman.
***
Sumber: Mental Floss