Buku Guinnes World Records merupakan antara buku yang terlaris di dunia. Buku yang dikemaskini hampir setiap tahun ini mencatatkan pelbagai rekod yang dilakukan oleh manusia dalam pelbagai bidang dan perkara diseluruh dunia. Sudah tentunya, terdapat juga rekod-rekod tentang buku dan dunia kesusasteraan.
Berikut antara beberapa rekod yang mungkin mengujakan anda sebagai seorang penggemar buku.
Buku paling besar
Buku paling besar yang pernah direkodkan adalah sebuah buku berjudul This is the Prophet Muhammad yang mengandungi 429 mukasurat seberat 3,306 paun.
Buku paling tebal
Buku paling tebal yang pernah direkodkan adalah koleksi lengkap Miss Marple tulisan Agatha Christie yang diterbitkan dalam satu jilid setebal 4,032 mukasurat.
Koleksi buku peribadi terbanyak
John Q. Benham memiliki lebih 1.5 juta buku dalam simpanan peribadinya dan ia menjadikan perpustakaan peribadinya sebagai perpustakaan peribadi terbesar di dunia.
***
Sumber: CBC Books