Menjaga dan memastikan buku sentiasa dalam keadaan baik sudah tentunya menjadi matlamat setiap pembaca. Tetapi bagaimana caranya? Berikut adalah beberapa tips dari pakar buku langka tentang cara terbaik menjaga buku anda.
1. JANGAN TINGGALKAN PENANDA BUKU DI DALAM BUKU TERLALU LAMA.
Menggunakan penanda buku sudah tentunya perlu terutamanya jika anda membaca buku yang tebal. Tetapi jika anda tinggalkan penanda buku di dalam buku terlalu lama, ia sudah tentu akan meninggalkan kesan atau tanda pada kertas dan bentuk buku tersebut.
2. JANGAN LETAKKAN KERATAN SURATKHABAR DI DALAM BUKU
Kertas suratkhabar mempunyai kandungan asid yang tinggi dan sudah tentunya ia akan memberi kesan kepada kertas buku anda jika ia diletakkan di celah-celah mukasurat buku terlalu lama.
3. JANGAN TULIS APA-APA DI DALAM BUKU ANDA
Menulis sesuatu di dalam buku anda sudah tentunya akan memberi kesan kepada "nilai" buku anda terutamanya jika buku tersebut adalah buku langka. Namun jika anda perlu menulis, gunakanlah pensil.
4. JANGAN BIARKAN BUKU ANDA TERKENA CAHAYA MATAHARI
Tinggal di negara yang panas sepanjang tahun, sudah tentunya cahaya matahari menjadi sebahagian dari hidup kita. Tetapi pastikan buku anda tidak disirami cahaya matahari secara terus kerana ia sudah pastinya akan mengubah warna buku anda.
5. JANGAN SEMPITKAN RUANG BUKU ANDA
Apabila anda mempunyai buku yang banyak, sudah tentu anda akan menghadapi masalah kekurangan tempat untuk menyimpan anda dan kebiasannya anda akan memadatkan semua buku anda di satu tempat. Hakikatnya jika anda melakukan sebegitu, pastinya ia akan memberi kesan kepada buku-buku anda. Tidak salah jika anda membeli rak baru untuk memberi ruang bernafas kepada buku-buku anda.
***
Sumber: Mental Floss