Dapat membaca buku dengan banyak memang menjadi idaman setiap pembaca namun ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Menurut Tony Haile yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Chartbeat, seseorang boleh membaca sekurang-kurangnya 54 buah buku setahun.
Katakan anda mampu membaca 200 patah perkataan setiap minit dan setiap buku pula biasanya mengandungi sekitar 80,000 patah perkataan. Jika anda meluangkan sejam setiap hari untuk membaca, anda mampu membaca 54 buah buku setiap tahun.
Tambah Tony Haile lagi, membaca pelbagai genre dan topik adalah penting kerana ia membantu kita untuk melihat rantaian corak yang serupa yang terpakai kepada dunia kita. Ia juga membantu untuk menghilhamkan inovasi. Kebanyakan idea baru selalunya bukanlah baru tetapi sebaliknya kombinasi idea yang mungkin belum pernah wujud sebelumnya.
***
Sumber: TIME