Novel-novel terkenal memang akan tidak pernah berhenti dibaca. Namun mungkin ramai yang tidak tahu terdapat kisah-kisah disebalik novel-novel terkenal yang tersembunyi daripada pengetahun pembaca.
Berikut adalah beberapa contoh fakta tersebut.
Lolita ditulis di atas kad nota
Kebanyakan penulis menulis deraf pertama mereka menggunakan tangan atau mesin taip tetapi Vladamir Nabokov memilih untuk menulis derafnya di atas kad nota. Kad nota yang kecil ini bukan sahaja mengandungi keseluruhan deraf novelnya, malah turut digunakan untuk membuat suntingan, mengambil nota dan menconteng.
Judul novel Pride And Prejudice diambil dari novel lain
Frasa "pride and prejudice" diulang beberapa kali di dalam novel Cecilia tuliasan Fanny Burney dan dipercayai Jane Austern mengambil frasa ini untuk dijadikan tajuk novelnya. Malah Austen juga pernah menyebut Burney adalah antara novelis kesukaannya.
Fifty Shades of Grey adalah buku paling laris dalam sejarah di England
Mungkin ada yang sukar untuk mempercayainya tetapi novel ini telah menewaskan novel yang cukup popular iaitu Harry Potter and the Sorcerer's Stone.
Don Quixote adalah novel paling laris dalam sejarah
Don Quixote dikatakan novel paling laris pernah dijual. Dikatakan bilangan naskah yang telah dijual mencecah 500 juta naskah.
Anna Karerina pertama kali diterbitkan secara bersiri
Novel Anna Karenina memang terkenal sebagai sebuah novel yang cukup panjang. Ia mengandungi lebih 800 mukasurat tetapi mungkin ramai yang tidak tahu ia sebenarnya pertama kali diterbitkan secara bersiri.