Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa Islam pernah melalui zaman kegemilangan saintifiknya ketika zaman pertengahan di Eropah dan ia banyak membuat penemuan-penemuan saintifik dan perubatan seperti "Algebra" yang digunakan begitu meluas terutamanya dalam bidang matematik moden. Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa antara karya-karya proto-sains fiksyen yang terawal juga datang dari dunia Islam. Walaupun novel Frankenstein begitu terkenal sebagai karya tulen sains fiksyen yang pertama, terdapat beberapa lagi karya sebelum Frankenstein yang tergolong dalam genre Sains Fiksyen.
Antara yang terkenal adalah novel yang diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris menggunakan tajuk A True History yang ditulis oleh penulis Syria yang dikenali sebagai Lucian dari Samosata (Lucian of Samosata). Novel dari kurun kedua ini mengisahkan tentang seorang pengembara yang dibawa ke bulan oleh puting beliung dimana dalam pengembaraannya beliau menemui masyarakat dan hidupan yang pelik. Selain itu, terdapat juga beberapa lagi karya yang dikatakan jatuh dalam genre proto-sains fiksyen yang datang dari dunia Islam. Antara yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
Hayy Ibn Yaqzan
Ibn Tufayl
Karya yang ditulis pada abad ke 12 ini bukanlah satu karya spekulatif per-se, tetapi ia mempunyai kompenen saintifik yang agak padat dan mempengaruhi novel Robinson Crusoe tulisan Daniel Defoe yang seterusnya mempengaruhi ramai penulis sains fiksyen yang lain. Novel yang menekankan tentang pentingnya menimba ilmu pengetahuan daripada pemerhatian ini begitu popular di Eropah pada kurun ke 17.
Theologus Autodidactus of Ibn al-Nafis
(al-Risala al-Kamiliyya fil-Sira al-Nabawiyya)
Ibn al-Nafis
Karya ini ditulis sebagai respon kepada karya Ibn Tufaul. Jika Ibn Tufail menekankan tentang pemerhatian, Ibn al-Nafis pula lebih menekankan tentang kespontanan dan tentang bagaimana belajar tentang dunia melalui pengalaman.
Rokeya Sakhawat Hossain
Ini adalah antara buku sains fiksyen Feminis yang terawal ditulis. Ia diterbitkan pada tahun 1905. Ia mengisahkan tentang satu dunia diuruskan oleh wanita dan lelaki pula dipinggirkan dan tiada sebarang jenayah berlaku kerana semua jenayah menurut novel ini datang dari orang lelaki.
***