Sama seperti orang lain, memang ada masalah tipikal yang sering dihadapi oleh seorang pembaca tegar. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dihadapi oleh seorang pembaca buku.
1. Memutuskan buku seterusnya yang patut dibaca
Anda memiliki terlalu banyak buku sehinggakan anda sukar untuk memilih buku apa yang anda patut baca selepas selesai membaca sesebuah buku. Anda juga mungkin akan pergi ke kedai buku untuk mencari buku yang anda ingin baca seterusnya walaupun anda memiliki buku lain yang masih belum dibaca
2. Adaptasi filem
Anda sentiasa merasakan buku adalah lebih baik daripada adaptasi filemnya
3. Terlepas perhentian bas/keretapi kerana khusyuk membaca
Jika anda biasa menggunakan pengangkutan awam, masalah ini sudah tentunya masalah yang sering anda hadapi kerana terlalu khusyuk membaca
4. Menangis di tempat awam kerana karekter di dalam buku yang anda sedang baca meninggal dunia
Walaupun anda sudah mengagak kesudahan nasib karekter di dalam buku yang anda baca, anda masih tidak mampu menahan air mata anda daripada mengalir.
5. Menyusun rak buku
Anda sentiasa menghidapi sakit kepala untuk menentukan susunan buku anda. Adakah ia patut disusun mengikut warna, genre atau penulis?
6. Senarai buku yang masih belum dibaca sentiasa bertambah
Koleksi buku anda sentiasa bertambah dari hari ke hari dan begitu juga senarai buku yang anda belum baca.
Anda sukar untuk meminjamkan buku anda kepada orang lain kerana anda tahu peratusan untuk anda mendapat kembali buku tersebut dalam keadaan asal sangat rendah. Anda juga tahu anda mungkin tidak akan mendapat kembali kembali buku tersebut.
8. Berkemas untuk bercuti
Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda akan pening kepala untuk memikirkan buku apa yang anda patut bawa dan berapa banyak yang anda patut bawa. Tambahan lagi jika anda bukan seorang yang suka membaca e-buku
9. Sukar tidur malam kerana membaca
Perlu bangun pagi untuk ke tempat kerja atau sekolah bukanlah satu perkara penting terutama jika anda sedang khusyuk membaca walaupun sehingga lewat malam.
10. Memutuskan samada mahu keluar atau duduk di rumah untuk membaca buku
Rasanya ianya bukanlah satu perkara yang sukar diputuskan. Sudah tentunya anda akan memilih untuk duduk di rumah untuk membaca buku
***
Sumber: Bustle