Setiap kita mungkin memiliki perangai yang agak sukar difahami oleh orang lain. Begitu juga dengan penulis. Kadang-kadang perangai atau tabiat mereka itu begitu sukar difahami dan mereka sendiri sahaja yang tahu apakah keperluan mereka berperangai atau bertabiat seperti itu. Berikut adalah beberapa contoh:
Ernest Hemingway
Beliau dikatakan tidak sukakan keadaan yang panas. Hemingway pernah menyatakan beliau menulis 500 perkataan setiap awal pagi untuk mengelakkan cuaca panas pada waktu tengahari.
Vladimir Nobokov
Nobokov terkenal dengan tabiatnya yang suka menulis menggunakan kertas indeks. Kebanyakan novelnya ditulis pada kad indeks sebesar 3x5 inci.
William Faulkner
Faulker gemar meminum wiski ketika menulis dan tabiatnya ini bermula ketika dia mengenali seorang lagi penulis bernama Sherwood Anderson di mana mereka menjadi sahabat minum yang begitu akrab.
***
Sumber: Shortlist