Mungkin ada yang tertanya, apakah kaitan membaca dengan belajar bermain alat muzik.
Selama berdekad; pendidik, saintis dan pengkaji telah memerhatikan bagaimana pelajar yang belajar bermain alat muzik selalunya cemerlang dalam akademik mereka. Pelajar ini akan cemerlang di dalam aspek seperti pengetahuan bahasa, membaca dan daya fokus. Tetapi ia masih menjadi misteri kenapa ia terjadi sebegitu?
Sebagai contoh, Nina Kraus yang bertugas sebagai pengarah di Auditory Neuroscience Laboratory di Northwestern University menghabiskan hidupnya dikelilingi muzik. Kini, dia sedang mengkaji bagaimana pelajaran muzik boleh membantu meningkatkan daya adaptasi otak dan menjadikan seorang pelajar lebih cemerlang.
Menurut Kraus, kemahiran muzik dan bahasa bergantung kepada proses auditori. Walaupun membaca selalu diandaikan bukan sebagai aktiviti auditori utama, asasnya bertapak kepada bagaimana seorang kanak-kanak menerima input auditori untuk memetakan bunyi suara dengan betul dan menterjemahkannya kepada perwakilan ortografik. Menurut Kraus lagi, ujikaji yang dijalankan dengan melatih kanak-kanak bermain atau belajar tentang muzik membuktikan bahawa ia boleh membantu mereka yang menghadapi masalah membaca.
***
Sumber: Good