Adaptasi novel ke dalam bentuk filem memang sentiasa ditunggu. Apatah lagi apabila novel tersebut adalah novel yang terkenal. Namun begitu, terdapat juga novel-novel terkenal yang masih belum diadaptasi atas pelbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh novel tersebut.
1. A CONFEDERACY OF DUNCES
Novel ini telah cuba diadaptasi sejak 34 tahun yang lalu namun semuanya tidak berjaya. Paling terkini, James Bobin yang merupakan penerbit bersama Flight of the Conchords dikatakan bakal mengadaptasi novel ini dengan Zach Galifianakis dipilih sebagai pelakon utama.
2. ONE HUNDRED YEARS OF SOLITUDE
Satu-satunya halangan untuk mengadaptasi novel ini datang daripada Gabriel Garcia Marquez sendiri yang enggan memberi kebenaran kepada sesiapa untuk mengadaptasi novel ini.
3. THE CATCHER IN THE RYE
Sama seperti Gabriel Garcia Marquez, J.D. Salinger juga enggan memberi kebenaran novel popularnya ini untuk diadaptasi. Ramai yang percaya salah satu sebabnya adalah kegagalan filem Foolish Heart yang diilhamkan daripada kisah hidup pakciknya.
4. INFINITE JEST
Novel yang mengambil tempat di waktu masa depan Amerika ini menyentuh pelbagai tema dan ia juga mengandungi lebih 1000 mukasurat. Novel ini pernah cuba diadaptasi oleh Curtis Armstrong namun tidak pernah diterbitkan.
5. UBIK
Percaya atau tidak, novel Philip K. Dick ini belum lagi pernah diadaptasi ke bentuk filem. Philip K. Dick pernah menulis lakonlayar untuk adaptasi novel ini namun filemnya tidak pernah dihasilkan.
***
Sumber: Mental Floss