Sudah tentunya ramai pembaca yang mengimpikan untuk bermalam di rumah penulis kegemaran mereka dan melihat rumah yang menjadi tempat tinggal dan bekerja penulis tersebut. Atas dasar itu, wujud rumah-rumah penulis yang mana pengunjung-pengunjungnya diberi peluang untuk bermalam di rumah-rumah penulis tersebut. Walaupun rumah-rumah mereka tidak lagi didiami oleh si penulis, sekurang-kurangnya peminat mereka dapat juga serba-sedikit mengimbau kenangan dan pengalaman penulis-penulis yang pernah mendiaminya.
Berikut adalah beberapa contoh rumah tersebut.
Pemilik Rumah: F. Scott Fitzgerald
Lokasi: Alabama, Amerika
Sewa satu malam: RM300
Pada bulan Oktober 1931, F. Scott dan Zelda telah memajak rumah ini untuk membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja penulisan mereka. Rumah ini merupakan tempat dimana Fitzgerald menulis salah satu novel terkenal beliau bertajuk Tender Is The Night. Kini bahagian dalam rumah ini telah diubahsuai dan dilengkapi bilik-bilik yang disewakan kepada sesiapa yang berminat.
***
Pemilik rumah: Aldous Huxley
Lokasi: New Mexico, Amerika
Sewa satu malam: RM269
Rumah yang pernah didiami oleh penulis novel distopian tersohor ini terletak ditengah-tengah ladang buah beri goji organik yang menghadap lembah Taos Ski dan bahagian dalam rumah ini dihiasi dengan hiasan dinding bertema india berserta dapur yang menggunakan kayu api untuk memasak.
Pemilik rumah: Miguel De Cervantes
Lokasi: Barcelona, Sepanyol
Sewa satu malam: RM899
Ini merupakan antara beberapa buah rumah yang pernah didiami oleh Cervantes. Rumah dua tingkat ini kini dilengkapi dengan kelengkapan moden seperti mesin pencuci pinggan dan wi-fi.
***
Pemilik rumah: Alexandre Dumas
Lokasi: Paris, Perancis
Sewa satu malam: RM1,120
Rumah yang memiliki 3 bilik ini telah dilengkapi dengan kelengkapan moden. Namun begitu ia masih lagi mengekalkan perincian senibina yang hanya boleh dijumpai di kota Paris.
***
Pemilik rumah: John Steinbeck
Lokasi: California, Amerika
Sewa satu malam: RM561
Pada awal tahun '40an, rumah ini menjadi rumah rehat dan studio penulisan untuk Steinbeck. Lokasinya yang terletak di pantai Monterey begitu sesuai dijadikan lokasi bercuti sambil menikmati hembusan angin dari laut yang menyamankan.
***
Pemilik rumah: Charles Dickens
Lokasi: London, England
Sewa satu malam: RM826
Rumah ini merupakan lokasi dimana Dickens mengasaskan majalah sasteranya yang cukup terkenal ketika itu iaitu All The Year Round. Rumah satu bilik ini telah diubahsuai untuk kelihatan seperti sebuah hotel tetapi senibina klasiknya masih tetap utuh.
***
Pemilik rumah: Willa Cather
Lokasi: Nebraska, Amerika Syarikat
Sewa satu malam: RM211
Willa Carter mungkin penulis yang tidak berapa dikenali di Malaysia tetapi beliau merupakan salah seorang penulis yang pernah menerima hadiah Pulitzer pada tahun 1922 melalui novel tulisannya bertajuk One Of Ours. Rumah ini tiada wi-fi tetapi ada dua ekor kucing yang selalu berlegar-legar dikawasan rumah ini.
***
Sumber: Pure Wow