Muzik dan sastera memang tidak boleh dipisahkan. Sumber-sumber sastera menjadi sumber utama banyak pemuzik untuk menghasilkan lirik dan muzik mereka. Malah ada yang menggunakan sastera untuk menamakan kumpulan muzik mereka sendiri.
Berikut adalah beberapa contoh nama kumpulan muzik yang diambil dari novel-novel sastera.
1. Modest Mouse
Nama kumpulan ini diambil dari satu perenggan di dalam novel The Mark on the Wall tulisan Virginia Woolf.
2. The Doors
Nama kumpulan ini pula diambil dari novel Aldous Huxley berjudul The Doors of Perception.
3. Rainer Maria
Bagi peminat puisi, tidak susah untuk meneka dari mana nama kumpulan ini diambil. Caithlin De Marrais dan Kyle Fischer menamakan kumpulan indie rock mereka sempena nama pemuisi tersohor kelahiran Austria iaitu Rainer Maria Rilke.
4. Joy Division
Nama Joy Division datang dari novella tulisan Yehiel Feiner berjudul House of Dolls yang menceritakan tentang sekumpulan wanita yang digunakan sebagai hamba seks rejim Nazi ketika perang dunia ke dua.
5. Silverchair
Silverchair dinamakan sempena novel tulisan C.S. Lewis berjudul The Silver Chair. The Silver Chair adalah novel keempat dari siri novel The Chronicles of Narnia.
***
Sumber: Mental Floss