Mencari pasangan yang gemar membaca tidaklah sukar tetapi ia juga tidak mudah terutamanya di zaman orang lebih gemar membaca artikel-artikel pendek ataupun langsung tidak membaca. Namun begitu,, jika anda berjaya menemui pasangan yang gemar membaca, maka anda bolehlah dikategorikan sebagai orang yang bertuah.
Mengikut kajian tahun 2006 dan 2009 yang dijalankan oleh Raymond Mar yang bertugas sebagai psikologis di Universiti York, Kanada dan Keith Oakley yang bertugas sebagai profesor psikologi kognitif di Unversiti Toronto, mereka yang membaca fiksyen memiliki empati yang cukup tinggi dan juga "teori minda" yang bermaksud kebolehan untuk menerima pendapat, kepercayaan dan minat yang berlainan daripada mereka.
Mereka boleh mendengar idea orang lain tanpa menolaknya dan masih mengekalkan idea mereka sendiri. Ini dikatakan sepatutnya menjadi kebolehan semulajadi setiap manusia tetapi ia memerlukan tahap pengalaman sosial yang berbeza-beza bagi membolehkan ianya dimiliki.
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kenapa orang yang membaca adalah jenis orang yang lebih baik. Merasai pengalaman orang lain melalui buku membolehkan mereka mempelajari bagaimana untuk melihat sisi lain kehidupan melalui kacamata orang lain. Mereka telah membaca beratus-ratus pengalaman orang lain dan mengutip hikmah daripadanya. Mereka telah melihat perkara-perkara yang mungkin tidak difahami oleh orang lain dan telah merasai pengalaman kehilangan orang lain yang mungkin anda tidak kenali. Mereka telah belajar bagaimana untuk menjadi seorang perempuan dan seorang lelaki. Mereka tahu bagaimana perasaan melihat orang lain menderita. Mereka lebih arif jika dibandingkan dengan umur mereka.
Satu lagi kajian pada tahun 2010 oleh Raymond Mar menguatkan lagi idea bahawa lagi banyak cerita yang dibacakan kepada kanak-kanak oleh ibu-bapa mereka, lebih bertambah lagi "teori minda" mereka. Jadi, apabila orang lain merasakan anak mereka adalah yang terbaik; mereka yang membacakan cerita kepada anak-anak mereka adalah sebenarnya yang memiliki anak-anak yang lebih bijak, mudah bergaul dan memahami kanak-kanak lain.
***
Sumber: Elite Daily