![]() |
Kucing memang menjadi pilihan ramai orang sebagai binatang peliharaan termasuk penulis. Jadi disertakan di sini beberapa fakta menarik (dan comel) tentang kaitan kucing dengan beberapa penulis tersohor di dunia.
- Ernest Hemingway memiliki lebih 30 ekor kucing peliharaan, yang diberi nama-nama seperti Alley Cat, Crazy Christian, Ecstasy, F. Puss, Fats, Furhouse, Skunk, Thruster, dan Willy. Kebanyakan kucing ini mempunyai enam jari; dan sehingga hari ini kucing-kucing sebegini dikenali sebagai ‘Hemingway cats’.
![]() |
Kucing berjari enam yang sehingga sekarang dikenali sebagai "Kucing Hemingway"
|
- James Joyce pernah menulis dua cerita kanak-kanak, dan kedua-duanya adalah mengenai kucing: The Cat and the Devil’ dan ‘The Cats of Copenhagen’. Anda boleh melihat ilustrasi-ilustrasi di dalam buku ini di SINI
- Penulis kelahiran Perancis, Colette memulakan hari bekerjanya dengan mencabut kutu-kutu dari bulu kucingnya.
- Salah satu perniagaan awal yang diceburi oleh Daniel Defoe adalah mengumpul bau-bauan yang diperolehi daripada kelenjar dubur kucing. Rasanya bukanlah sesuatu yang mengejutkan perniagaan ini gagal.
- Samuel Pepys dikreditkan oleh Oxford English Dictionary sebagai orang pertama yang menggunakan perkataan “catcall” dalam catatan diari beliau bertarikh 7 Mac 1660. Beliau turut dikreditkan sebagai antara orang terawal yang menggunakan perkataan “frighten” .
- Dorothy Parker pula dikreditkan sebagai pencipta perkataan “scaredy-cat”. Perkataan ini pertama kali digunakan dalam cerita pendek beliau bertajuk “The Waltz”.
- Nama-nama yang diberikan oleh Mark Twain kepada kucing-kucingnya termasuk Beelzebub, Blatherskite, Buffalo Bill, Satan, Sour Mash dan Zoroaster.
- “Baudrons” adalah nama yang digunakan untuk kucing di Scotland manakala “Reynard” pula adalah untuk musang. Penggunaan nama ini boleh dijumpai didalam terjemahan Aesop oleh penyajak Robert Henryson.
- Rumah Charles Dickens di bukit Gad mempunyai laluan rahsia dalam bentuk rak yang diisi buku-buku palsu. Antara tajuk buku-buku palsu tersebut adalah “The Life of a Cat” sebanyak 9 jilid.
![]() |
Laluan rahsia di rumah Charles Dickens
|
- Pasangan Gertrude Stein dan Alice B. Toklas memelihara seekor kucing yang diberi nama Hitler kerana kucing tersebut memiliki bulu diatas mulutnya yang kelihatan seperti misai Hitler.
***
Sumber: Interesting Literature