Apabila bercakap tentang sastera Jepun, nama yang selalu meniti di bibir pembaca pada masa kini adalah Haruki Murakami dan sebelum Murakami mengecap populariti, Natsume Soseki dikatakan mendominasi lanskap sastera Jepun. Selain dari dua penulis popular ini, Jepun juga mengetengahkan penulis-penulis tersohor seperti pemenang hadiah Nobel Sastera iaitu Yasunari Kawabata dan juga Yukio Mishima yang pernah dicalonkan untuk hadiah yang sama sebanyak tiga kali. Tidak lupa juga penulis-penulis lain yang sama hebatnya seperti Kenzoburo Oe, Natsuo Kirino dan Koushun Takami.
Di bawah pula terdapat beberapa orang lagi penulis Jepun yang mungkin anda patut nikmati karya mereka yang telah ditulis dalam bahasa Inggeris atau diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Penulis: Shusaku Endo
Novel: Silence
Penulis: Kazuo Ishiguro
Novel: A Pale View of the Hills
Penulis: Banana Yoshimoto
Novel: Kitchen
Penulis: Ryu Murakami
Novel: In the Miso Soup
Penulis: Hiromi Kawakami
Novel: Strange Weather in Tokyo
***
Sumber: Book Riot