Tidak kira samada pembaca tegar novel-novel tulisan Haruki Murakami atau hanya sekadar pembaca kasual, mereka pasti tahu bahawa selain daripada karya-karya yang mungkin menjadikan beliau antara novelis yang paling digemari di dunia, beliau mempunyai dua minat: berlari dan mendengar muzik jazz. Didalam memoir beliau What I Talk About When I Talk About Running, beliau menceritakan bagaimana beliau mula menjadi seorang pelari, yang beliau lihat berkait rapat dengan bagaimana beliau menjadi seorang penulis.
Kedua-dua transformasi minat beliau berlaku ketika beliau berumur awal 30an, selepas beliau menjual bar muzik jazz beliau Peter Cat yang beliau kendalikan pada hampir keseluruhan tahun 1970an. Walaupun beliau tidak lagi memiliki bar tersebut, beliau masih setia dengan muzik jazz, beliau masih mengumpul piring hitam muzik jazz, merujuk kepada muzik jazz didalam karya-karya beliau, malahan juga turut menulis koleksi esei Potrait in Jazz dan Potrait in Jazz 2.
“Saya mula mengenali muzik jazz pada tahun 1964 ketika saya berumur 15 tahun” tulis Murakami di dalam New Tork Times. “Art Blakey and the Jazz Messengers datang membuat persembahan di Kobe pada bulan Januari tahun itu, dan saya menerima sekeping tiket untuk menonton persembahan mereka sebagai hadiah hari lahir saya. Itu adalah kali pertama saya benar-benar mendengar muzik jazz, dan ia sungguh menyentap saya. Saya seperti dipanah petir.”
Walaupun beliau tidak mahir tentang muzik, beliau sering merasakan didalam fikiran beliau “sesuatu seperti muzik ciptaan saya sendiri sedang berputar dengan kuat dan meluap-luap. Saya tertanya samada saya boleh tukarkan muzik tersebut kepada bentuk tulisan. Begitulah bagaimana gaya penulisan saya bermula.” Beliau mendapati ada persamaan antara menulis dan muzik jazz; kedua-duanya memerlukan “rentak yang bagus, semulajadi dan stabil”, satu melodi “yang dalam sastera bermaksud susunan perkataan yang bersesuaian dengan rentak”, harmoni, “bunyian mental dalaman yang menyokong setiap, perkataan”, improvasi bebas, yang mana, “melalui saluran khas, cerita akan datang secara bebas dari dalam. Apa yang saya perlu lakukan adalah hanya mengikut rentaknya.”

Dengan tutupnya bar Peter Cat, peminat-peminat Murakami tidak dapat lagi untuk sama-sama berkongsi koleksi karya muzik jazz peribadi milik Murakami. Walaubagaimanapun, diatas terdapat klip senarai lagu yang dibuat oleh pengguna laman sesawang youtube, Ronny Pro berdasarkan lagu-lagu yang dinyatakan didalam Potrait in Jazz yang menampilkan Chet Baker, Charlie Parker, Stan Getz, Bill Evans, dan Miles Davis.
Jika anda mengunjungi Tokyo, anda boleh juga berkunjung ke Café Rokujigen (rujuk klip diatas) dimana di tempat ini peminat-peminat novel Murakami berkumpul untuk membaca novel-novel Murakami kegemaran mereka sambil mendengar muzik, yang menurut Murakami sendiri, mengajar semua yang beliau tahu untuk menulis tentang muzik jazz. Di laluan keretapi subway yang sama, anda juga boleh mengunjungi tapak lama Peter Cat; anda hanya perlu ikut jejak laluan yang dilalui oleh penulis buku A Geek In Japan, Hector Garcia yang pernah mencari lokasi bar tersebut selepas membaca What I Talk About When I Talk About Running.
Dan apakah muzik pilihan Murakami yang beliau dengar ketika beliau berlari? “Saya suka mendengar Lovin’ Spoonful” tulis beliau.
Hei, anda tidak boleh mendengar Thelonious Monk sepanjang masa.
Hei, anda tidak boleh mendengar Thelonious Monk sepanjang masa.
***
Artikel ini merupakan terjemahan tulisan Colin Marshall yang diterbitkan oleh Open Culture . Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI
Sumber video: youtube
Sumber video: youtube