Samada kita mahu mengakuinya atau memilih untuk terus menjadi hipokrit, filem-filem porno sudah lama hadir dalam hidup kita. Kebanyakan dari kita pasti pernah menonton filem porno atau sekurang-kurangnya tahu apa itu filem porno.
Dan sudah pastinya, filem-filem porno juga mempunyai bintang-bintangnya sendiri. Filem-filem bintang porno tahun 70an seperti Linda Lovelace, Vanessa Del Rio dan bintang-bintang porno dekad 90an seperti Asia Carrera dan Silvia Saint masih lagi ditonton dan menjadi pujaan walaupun ada antara mereka sudah lama bersara dari dunia filem porno.
Masuk abad 21, muncul pula bintang-bintang porno seperti Sasha Grey yang mula mengecapi populariti lebih dari sekadar membintangi filem-filem porno. Dengan kehadiran medium media sosial seperti twitter, instagram dan facebook, mereka menjadi lebih dekat dengan masyarakat umum. Mereka mula terlibat dalam projek-projek filem seni dan ada antara mereka seperti James Deen yang membintangi filem arus perdana yang dibikin Hollywood.
Selain daripada itu, ada juga bintang-bintang porno yang menceburi dunia penulisan terutamanya dalam penulisan memoir. Berikut adalah antara beberapa memoir bintang porno Amerika terbaik yang boleh dijadikan rujukan atau dimiliki oleh sesiapa yang berminat untuk membacanya.
Insatiable: Porn: A Love Story (Asa Akira)
Buku ini secara spesifiknya bukan sepenuhnya memoir kerana ia turut mengandungi esei-esei peribadi tulisan Asa Akira. Asa Akira merupakan anak kepada imigran Jepun yang berhijrah ke Amerika dan beliau turut fasih berbahasa Jepun.
***
I Am Jennie (Jennie Ketcham)
Jennie Ketcham atau nama pentasnya Penny Flame telahpun meninggalkan dunia filem porno dan kini lebih dikenali melalui rancangan realiti Celebrity Rehab, Sober House dan Sex Rehab yang mana rancangan inilah yang mempopularkan beliau di arus perdana yang membantu membuang ketagihan beliau terhadap seks, alkohol dan dadah.
***
Girlvert (Oriana Small)
Orianna Small lebih dikenali dengan nama pentasnya Ashley Blue. Jika anda meminati kisah benar bintang porno yang ekstrem, memoir ini sesuai anda. Walaupun begitu memoir ini juga dipenuhi dengan humor dan sebenarnya sangat mesra pembaca.
***
How to Make Love Like a Porn Star: A Cautionary Tale (Jenna Jameson)
Siapa tidak kenal dengan Jenna Jameson? Beliau merupakan bintang filem porno yang begitu terkenal pada dekad 90an dan awal dekad 2000. Jika anda ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan lama atau ingin mengetahui bagaimanakah kehidupan bintang porno paling terkenal, maka buku ini sesuai untuk anda.
***
Ron Jeremy: The Hardest (Working) Man in Showbiz (Ron Jeremy)
Walaupun cita-cita beliau untuk menjadi seorang bintang di Hollywood tidak kesampaian, sekurang-kurangnya Ron Jeremy berjaya menjadi bintang filem porno lelaki yang paling dikenali malah telah mencapai tahap lagenda.
Memoir ini ditulis seperti sebuah filem dan sudah tentunya kisah-kisah yang dipenuhi dengan humor didalam memoir ini akan membuatkan anda susah untuk berhenti membacanya.
Memoir ini ditulis seperti sebuah filem dan sudah tentunya kisah-kisah yang dipenuhi dengan humor didalam memoir ini akan membuatkan anda susah untuk berhenti membacanya.
***
Sumber: The Debrief