Sama seperti orang lain, pembaca juga mempunyai jenis-jenisnya. Tidak semua pembaca mempunyai minat yang serupa. Berikut adalah jenis-jenis pembaca yang anda boleh jumpa.
1. Peminat Novel Bersiri
Pembaca sebegini selalunya menghabiskan banyak masa membaca. Mereka mampu membaca novel bersiri kesukaan mereka berjam-jam lamanya dan sudah tentunya mereka yang paling tidak sabar menanti sambungan siri novel kesukaan mereka.
2. Peminat Novel Sastera
Mereka hanya berminat membaca novel-novel sastera "kelas atas". Mereka lebih rela membaca novel-novel sastera yang kadang-kadang begitu susah difahami.
3. Pembaca Poligami
Pembaca sendiri suka membaca banyak buku dalam satu masa. Salah satu sebabnya adalah mereka tidak mahu berasa bosan dengan hanya menumpukan kepada sebuah buku sahaja.
4. Pembaca Separuh
Mereka jarang menghabiskan buku yang mereka baca kerana mereka selalunya cepat bosan dengan buku yang mereka baca. Tidak kira betapa menariknya buku tersebut, lambat-laun pasti mereka akan hilang minat terhadap buku yang mereka baca dan mula beralih ke buku lain.
5. Pembaca Semula
Mereka lebih suka membaca buku yang sama berulang kali. Tambahan lagi apabila buku tersebut adalah buku penulis kegemaran mereka ataupun buku tersebut mempunyai banyak kenangan terhadap mereka.
6. Pembaca Buku Fizikal
Mereka amat membenci buku elektronik dan buku audio. Bagi mereka buku yang dicetak di atas kertas yang mereka boleh pegang dan selak adalah buku yang sebenar.
7. Pembaca Yang Tidak Suka Kejutan
Apabila mereka mula membaca sesebuah novel, halaman pertama yang mereka selak adalah halaman terakhir untuk mengetahui apakah penyudah novel tersebut. Merek tidak sukakan kejutan.
8. Pembaca Non-Fiksyen
Pembaca sebegini sukakan buku yang berdasarkan fakta sebenar dan bukannya fantasi. Buku sejarah, biografi, esei dan memoir adalah buku kesukaan mereka. Kehidupan sebenar adalah lebih menarik bagi mereka berbanding fantasi.
9. Fanatik Fikysen
Berbeza dengan Pembaca Non-Fiksyen, mereka adalah jenis pembaca yang sukakan imaginasi dan karekter-karekter fiksyen. Bagi mereka, cerita sebenar adalah cerita yang dicipta oleh penulis-penulis fiksyen yang hebat.
10. Pembaca Novel Remaja
Novel remaja atau Young Adult adalah novel kegemaran mereka. Bagi mereka, umur bukanlah faktor utama yang menentukan buku apa yang patut mereka baca.
***
Sumber: Bustle