Dapat bekerja dalam bidang yang anda minati memang sesuatu yang menyeronokkan tetapi berapa banyak pekerjaan yang sesuai dengan minat anda ada ditawarkan di luar sana? Bagi seorang pembaca, sudah tentu juga terdapat pelbagai bidang pekerjaan yang boleh diceburi untuk melampiaskan nafsu membaca.
Berikut adalah beberapa jenis pekerjaan yang mungkin sesuai untuk anda yang gemar membaca.
1. Penulis Blog
Penulis blog adalah pekerjaan yang sesuai jika anda suka membaca kerana jika anda seorang yang pakar dalam sesebuah topik, anda sudah pastinya mempunyai beribu-ribu artikel dan buku berkenaan topik tersebut.
2. Novelis
Salah satu kelebihan menjadi seorang penulis adalah mendapat inspirasi untuk menulis daripada buku yang mereka baca. Memang sukar untuk mencapai kejayaan segera sebagai seorang novelis tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, sudah pasti tiada apa yang mustahil.
3. Pustakawan
Ini merupakan pekerjaan pertama yang akan datang ke dalam minda seorang pembaca buku tegar apabila ditanya pekerjaan idaman mereka. Walaupun seorang pustakawan tidak semestinya membaca buku sepanjang masa bekerja, tetapi ia adalah salah satu pekerjaan yang membolehkan anda berkongsi bahan-bahan bacaan yang anda gemari.
4. Penerbit
Jika anda bekerja di rumah penerbitan, anda dapat menjadi sebahagian daripada individu yang memilih manuskrip-manuskrip yang bagus dan berpotensi untuk diterbitkan.
5. Bekerja dengan syarikat yang berurusan dengan buku
Ada banyak syarikat-syarikat yang terkenal seperti Goodreads yang perniagaannya hampir keseluruhan berkisar tentang buku dan sudah pastinya ada banyak kekosongan jawatan yang memerlukan anda membaca buku dengan banyak.
6. Pemilik kedai buku persendirian
Jika anda ingin membuka perniagaan yang mempunyai kaitan dengan minat membaca anda, maka membuka kedai buku anda sendiri adalah jalan yang betul.
7. Ejen buku
Ejen buku selalunya bertindak sebagai orang tengah di antara penulis dan penerbit. Secara asasnya, ejen buku mewakili penulis dan membantu mereka dari segi bayaran dan kontrak. Tidak banyak syarikat penerbitan luar negara yang akan menerbitkan sesebuah buku tanpa penulis buku tersebut diwakili oleh mana-mana ejen.
8. Pensyarah bahasa
Sudah tentu menjadi seorang pensyarah bahasa akan membolehkan anda berkongsi minat membaca anda. Anda boleh menganalisa buku kegemaran anda bersama pelajar-pelajar anda dan menawarkan perspektif baru tentang buku tersebut.
9. Editor
Pekerjaan seorang editor - samada buku atau majalah - adalah untuk membaca hasil tulisan orang lain dan membantu menyunting dan menambah baik tulisan tersebut. Membaca adalah keperluan utama seorang editor dan sudah tentunya ia sesuai untuk seseorang yang gemar membaca.
***
Sumber: Pop Sugar